Jgn lupa click ya (^^,)v

Jgn lupa click ya (^^,)v

Jgn lupa click ya (^^,)v

Friday, October 18, 2013

KERETA KEBAL VERSI BFMI

Kad ni ambil masa lama jugak untuk disiapkan. Nak study kereta kebal satu hal. Bila dah dapat idea....nak kena fikirkan cara popup yang sesuai. BFMI decide untuk cuba buat 3D popup kereta kebal. So firstly, buat mockup kereta kebal..... then experiment beberapa cara untuk buat kereta kebal ni flat bila kad ditutup. Semua ni BFMI fikirkan untuk tunaikan permintaan Huda, yang request kad dengan tema armoured vehicle. Harap Huda suka dengan kad ni.....maklumlah, excited huda nak hadiahkan pada husband and hope its really suits his interest in armoured vehicle.






3D POP-UP CARD (vertical)
"Happy Birthday"
Kod: hb044
Warna: Purple & Green
Saiz: 22 x 18 cm


Monday, October 14, 2013

Happy Birthday Mr.Soldier

Assalam.....

Hurm.....macam pernah tengok kan kad ni? Sama....tapi tak serupa. Kad kali ni order dari Nabilah (Terengganu) untuk bf nya.....abang askar. Happy Birthday!!! 


Excited Abang Askar ni....dapat kek dari Nabilah




MOVABLE CARD (vertical)
"Happy Birthday"
Kod: hb043
Warna: Light Blue
Saiz: 17.7 x 14cm



Friday, October 11, 2013

Gerak....Gerak....Gerak Khas!

Assalam.....

Rasa baru je beberapa hari lepas BFMI post design kad untuk anggota Polis, kali ni BFMI berpeluang lagi untuk design kad Birthday untuk seorang Inspector Polis..... Order dari Zabedah untuk dihadiahkan kepada suami tercinta. Zabedah suka dengan design kad hb028. So untuk kad kali ni, BFMI hanya tukar warna konsep dan front cover menepati tema polis. Pop-up pada bahagian dalam masih sama, cuma Zabedah request untuk letak sekali character anak-anaknya yang comel dalam kad ni. 

Dah macam AC Mizal plak aku tgk character polis ni. Gerak khas sangattt






MOVABLE CARD (vertical)
"Cakkk...Daddy, Happy Birthday To You"
Kod: hb042
Warna: Green & Light Purple
Saiz: 17.7 x 14cm



Thursday, October 10, 2013

Happy Retirement.....Cikgu Norlia

Assalam,

BFMI terima order ni jauh dari Seberang Jaya, Pulau Pinang. Cikgu Mazrah mewakili sekolah Kebangsaan Seberang Jaya minta BFMI untuk design 1 kad bagi meraikan Majlis Persaraan Penolong Kanan 1, SKSJ....Pn. Norlia. Dalam kad, ada Pop-up Kitchen ala-ala kitchen Masterchef....hehe. Cikgu Mazrah kata, Puan Norlia ni minat memasak. So lepas bersara nanti.....boleh la Pn Norlia memasak untuk seisi keluarga tanpa perlu memikirkan kerja-kerja dan tanggungjawabnya yang berat kat SKSJ. Happy Retirement Puan......masa  untuk berehat.....








POP-UP CARD (Horizontal - Hardcover)
"Happy Retirement"
Kod: rt001
Warna: Royal Blue & Red
Saiz: 35.4cm × 28cm


Wednesday, October 9, 2013

Chasing Love with YAMAHA R1

Assalam....

Lagi satu kad dengan tema Motorbike. Kali ni Yamaha R1 putih. Milik jejaka beruniform....abang polis. Izzati order kad ni untuk abang polis sempena menyambut Ulangtahun kelahiran si jejaka ni. Cerita Izzati, dierang ni bertemu di Ipoh......sorang asalnya Johor dan Izzati sendiri lahir di Kedah. Ni la namanya jodoh pertemuan.....sorang di utara dan sorang di selatan....tup2 boleh berjumpa dan jatuh cinta. Chewwah......
So BFMI abadikan kisah cinta Izzati dalam kad ni. Semoga kalian bertemu dijinjang pelamin.....dan hidup bersama ke akhir hayat....ameen.







MOVABLE CARD (Horizontal - Hard Cover)
"Happy Birthday"
Kod: hb041
Warna: Orange & Lime Green
Saiz: 17.7cm × 23.7cm



Tuesday, October 8, 2013

Sara + Supick.....Happy Engagement

Assalam.......

Order dari Sara from USJ untuk Majlis Pertunangannya pd 22 Jun yg lepas. Actually mulanya Sara nk order Birthday card utk Bulan May, tapi BFMI tak bley amek order tu sebab terlalu busy. Sara insist jugak nak card birthday, so she decided to have that birthday card on her engagement day....kira wish a belated birthday lah ni. Sara nak letak card atas dulang hantaran. Wahhhh...kellasss gtu. Konsep card diserah bulat-bulat pada BFMI. Dengan colour tema Dark Purple & Turqoise.....maka terhasillah Kad ala-ala fairytale story.....Cinderella. Cuma Cinderella Sara ni....tade kereta kuda pumpkin tu lah. Hurm...jauh betul BFMI berangan. Oklah....layan je lah card Sara + Supick ni.....






POP-UP CARD (Engagement & Birthday)
"SARA + SUPICK"
Kod: ec003
Warna: Dark Purple & Turqoise
Saiz: 18cm × 18cm

Monday, October 7, 2013

REJIMEN RENJER DIRAJA , Perajurit Tanah Air.....

Assalam....


Kad seterusnya, order dari Fiqa untuk en.bf, an army from Rejimen Renjer Diraja (RRD) - First time dengar ni. Fiqa requested a LOVE themes card design something like hb029, so dalam kad, Fiqa nak pop-up sexy mouth. Tatau la BFMI buat cukup sexy ke tak.....harap Fiqa suka. Thanx order Fiqa;-)







POP-UP CARD (vertical)
"Mmuaaahhhh"
Kod: ic003
Warna: Light Blue
Saiz: 17.7 x 14cm

Sunday, October 6, 2013

Work in Progress....KLIA 2

Assalam semua,

Apa cerita KLIA 2 sekarang ni ye? Recently macam-macam yang kita dengar....Yang pastinya.....masih pending and still undergoing some major changes and had caused delay. Dikatakan project KLIA 2 akan complete sepenuhnya tahun hadapan 2014....around April or May.....pastu dah bley start operasi lah agaknya. Kenapa tiba-tiba BFMI cakap pasal KLIA 2 ni....sebelum ni tak amek port pun. Sebabnya....BFMI ada terima order kad dari cousin, Lily namanya. Lily request kad birthday dengan Control Tower KLIA 2. 

Ni haa tower tu....
Maka terhasillah Kad Birthday special, for someone very special to Lily. Structural Engineer untuk project ni lah agaknya.....dengan tema Control Tower KLIA 2






POP-UP CARD (vertical)
"Happy Belated Birthday"
Kod: hb040
Warna: Cyan
Saiz: 17.7cm × 14cm


Saturday, October 5, 2013

Bikers Kental....Yeehaaa

Assalam....

Tajuk atas agak poyo sket....haha....saje je nk relate dgn kad yang nak BFMI share hari ni. Order dari Najdiah Aris (Melaka) untuk suami sempena Birthday suami yang ke 30. Najdiah request kad dengan tema superbike (Kawasaki double R warna merah) tapi minat sangat dengan design kad kod hb026. Since sebelum ni pun BFMI pernah hasilkan kad tema motor, so BFMI combine kedua-dua design. Cuma pop-up kali ni, agak lain sket. Tayar motor akan berputar-putar sebaik saja kad ni terbuka....spinning tyres. First attemp la kiranya ni. Ambil masa jugak nak siapkan design kad ni. Tapi puas hati bila tengok tayar tu berjaya berputarrrrrr......





MOVABLE CARD (vertical)
"STOP!! Happy Birthday"
Kod: hb039
Warna: Yellow & Red
Saiz: 17.7cm × 14cm


Friday, September 13, 2013

Liverpool Die-Hard Fan

Order dari Shikin utk Hubby yg teramat meminati Team Bola Liverpool. Klw tanya pd BFMI ttg bola, mmg BFMI terkedu nk menjawab, sbb BFMI x minat bola. Kad kali ni, Shikin request something yg relate dgn liverpool n the color should relate the liverpool theme color. Apa lagi.....Mr Google, tlg cari!! BFMI tak nak pening kepala, first thing yg terlintas.....just put the team logo dpn kad. Bahagian dalam, BFMI buat 3D Pop-up house, as requested by Shikin, since dierg akan berpindah ke rumah baru. For the 3D Pop-up House, this is our first attempt to make the house stand & pop-up. Million & zillion thanks to Extreme Card & Paper Crafting blog for this wonderful ideas & templates. Kan dah jadi tu.....syukur..... 






3D POP UP CARD (vertical)
"Selamat Hari Lahir (Liverpool Football Club)"
Kod: hb038
Warna: Red & Green
Saiz: 17.7cm × 14cm


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...